Jumaat, 5 Mac 2021

SEMAKIN TUA

 bila kau sedar kau semakin tua, kau mula rasa banyak benda perlu dibetulkan. banyak. lebih-lebih lagi bab anak. mula fikir macam-macam cara nak didik anak. walau kadang-kadang tak semua berhasil. kau mula sedar sabar kau dah tak banyak. dan cara untuk tambah sabar kau ialah dengan duduk, fikir balik mana silap kau. 

anak makin hari makin besar. dan setiap hari sifatnya berubah. dan kau perlu beribu-ribu muka surat untuk take note tiap kelakuan dia, apa yang kau perlu buat nak berdepan dengan sikap dia. sebab apa? sebab kau takut jadi ibu bapa yang tak ada fungsi. cuba jadi ibu bapa sempurna sedangkan kau tahu yang sempurna cuma Satu. 

tipu andai kata tak penat. ya, penat. letih. semua ada. sampai kau perlu satu masa untuk diri kau sendiri. bila? Solat. bila sujud, hati kau jadi sayu. kau mengadu pada Dia yang kau letih. dan kau tahu kau tak akan dpat jawapan. tapi bila selesai salam, kau akan rasa Dia tepuk bahu kau dan pesan ' penat kau ada balasnya nanti. Aku dah janji anak itu sumber pahala dan amalan kau. Kumpul!' 

anak kecil apalah yang dia tahu. dunianya sekarang hanya mak dan ayah. dan kita tak boleh nak expect anak faham kita. Balik kerja, biar anak main sendiri. kita lupa ke, dia tunggu separuh hari unutk main dengan kita. untuk dipeluk kita. dia tunggu.

dan kau, hanya perlu jalankan tanggungjawab kau sebagai mak ayah. 


itu sahaja.


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...