Isnin, 9 April 2018

12

Assalamualaikum.. 1.30 pagi. 9/4/2018. Nampaknya memang terbuktilah, hanya ada masa untuk blog pada waktu waktu begini. Tak mengapalah.
Ok, kali ni cuma nak kongsi pengalaman melahirkan puteri sulung kecintaan hati yang seorang itu. Oh, sebelum itu, ibu dah tukar panggilan daripada mak kepada ibu. Sebab? Sebab pengasuh awak bahasakan dirinya 'mak'. So, how come awak nak kenal sampai 2 mak kan? So, just call me IBU, ye sayang.
Ok, move on. Permulaan cerita. Ibu cuti awal 2 minggu sebelum due date. Biasa lah, first child, ibu tak tahu alalala. Ibu just get ready. Itu pun ibu masih sempat berjalan sampai Kuantan, ibu jalan-jalan kedai favourite ibu, kedai ECO Rm2 tu, ibu makan macam macam. Sebab? Tokma awak la, so nice because of you. So, sempat ibu merasa seafood tau sebelum awak keluar. Hehehe. Bukan Tokma je nice-nice dengan ibu, pak long mak long awak, pak cik- pak cik awak, and of course la, abah awak. Bawak ibu jalan-jalan, cari makanan favourite ibu, pimpin ibu jalan sebab I u sakit-sakit badan, pakai sarung kaki pun, abah yang tolong ok! So be nice to your abah.
Then, 18/9/2017. Tarikh keramat. Pagi tu, 5.30 pagi, ibu da rasa sakit macam period pain biasa tu. So, ibu on contraction count tu, bila dia kira2, dia bagi alarm suruh gi hospital. (amazing jugak apps tu!) so, ibu gerak Tokma. Tokma dah gelabah, gerak satu rumah. Pak uda, pak jang, n Pak su awak sume bangun. Aigoo.. So, pak uda la bawak ibu n tokma gi hospital. Ibu pun call abah. (even sebenarnya abah baru sampai shah alam malam sebelum tu.. Haha) time tu contraction tak kuat. Ibu still boleh bertenang and baca apa2 yang patut. Sampai hospital pun, ibu still boleh gelak2 ngan tokma cakap kain batik nak terlondeh la apa la. Lepas daftar, masuk bilik cek apa ntah tu,doktor cek,  seluk bagai. Actually tak sakit kalau kita tarik nafas masa dia seluk. Lepas tu ibu rasa start pukul 1 lebih baru ibu rasa contraction dah mula kuat. Nak berdiri pun tak mampu. Tapi bila duduk, dia tangkap pinggang pulak. Dah la masa tu, ibu tak masuk wad lagi. Lama betul tunggu nak masuk wad pun. Tertunduk2 ibu sesorang kat lorong wad tu sementara tunggu nurse. Lepas tu, bila da masuk wad, abah dah sampai. Abah sempat teman ibu dalam 10 minit camtu sebab bukan waktu melawat. Tu pun ibu rasa lega sangat. Bila da sakit sangat, ibu panggil nurse suruh cek bukaan. Ok dah 6cm. Nurse suruh makan sikit sebab nak bagi tenaga. Ibu tak larat nak kunyah nasi, ibu dapat makan kurma n pisang je separuh. Lepastu, terus tolak masuk labour room. Dalam tu, ibu nak tokma teman ibu. Tak tahu kenapa, tapi ibu just nak tokma. Memang ibu rasa nak ada abah jugak. Tapi nurse cakap boleh pilih sorang je. Ye la, bukan hospital swasta kan nak bawak satu kampung. Haha.. So, ibu pilih tokma. Sebab? Entah lah. Sebab ibu rasa ibu nak dekat dengan tokma masa tu. Ibu nak pegang tangan tokma. Tokma sapu air zaman kat muka ibu masa contraction da mula kuat. Banyak kali jugak la ibu suruh doktor cek bukaan sebab rasa nak teran sangat.  Kali kedua dia cek, dah nampak kepala awak. Doktor pun terkejut, dia cakap, cepatnya baby nak keluar. Habis tu, dia nak ibu tahan sakit lama mana lagi??  So, masuklah nurse 3 orang jugak jadi tukang sorak. Masa tu, memang dah tak rasa contraction. Tak rasa sakit pun. Doktor gunting kat bawah pun tak rasa. Just fikir nak keluarkan awak je masa tu. Alhamdulillah, doktor cakap ibu pandai teran dan setiap kali teran, awak keluar. Lawak tak, ibu boleh cakap 'kejap, kejap, tak cukup nafas'  doktor cakap 'eh, mana boleh kejap kejap ni, baby da keluar kepala dah ni' Haha.. Aduii.. Malu ibu..
Dan Alhamdulillah 2.20 petang, awak selamat dilahirkan. Subhanallah, tak terkata ibu bila kali pertama sentuh awak. Ibu nampak tokma dah menangis dan terus keluar labour room. Rupanya tokma nak panggil abah masuk. Ibu lupa terus luka kat bawah, ibu lupa terus penat meneran, ibu lupa terus sakit contraction. Betul orang cakap. Ibu tak tahu macam mana, tapi memang lupa semua masa dah dapat peluk awak. Rasa macam dapat hadiah yang besar dan seronok dia lain macam. 2 jam dalam tu, diberi masa untuk awak ada skin to skin dengan ibu. Barulah kita ditolak masuk wad. Masa proses nak masuk wad tu dalam setengah jam kot. Serius, ibu mengantuk sangat-sangat. Tapi ibu takut nak tidur, takut nurse tersalah tukar baby. (apa punya pikiran la masa tu, baby kan ada tag nama ibu dia) ibu macam tidur ayam. Bila katil berhenti, and nampak stroller awak sebelah ibu, ibu lelap kejap. Bila katil ibu ditolak, cepat2 ibu bangun, nak make sure awak ikut ibu. Sampailah ke wad. Awak baik sangat. Mungkin nak bagi ibu rehat. Ibu dapat tidur sejam, sebab awak pun tidur. Terjaga pun bila masuk masa melawat, abah,  tokma, and pak uda datang. Kekoknya ibu masa tu sebab 1st time pegang baby. Tapi no worries, sekarang ibu ok. Sebab awak lah, sayangku. :)
Jadi, itu pengalaman pertama ibu. Kedua?  ketiga? Wallahualam.. Semoga dipermudahkn semuanya InsyaAllah.
Seikhlasnya daripada:
IBU AWAK
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...