Baiklah. Hari ini boleh post awal sebab si kecil tidur awal. Hari ini nak kongsi tentang pemakanan baby. Setakat yang sedang dilalui inilah. Banyak lagi nak kena kami, belajar, tanya orang. Mujurlah ramai rujukan akak-akak senior di sekolah. Semua suka berkongsi Alhamdulillah.
Faqehah seperti bayi-bayi lain, menyusu dengan baiknya Alhamdulillah. Dan sehingga sekarang, 6 bulan 23 hari, masih full breastfeeding. So, keep fighting!
Menginjak usia 6 bulan 2 hari, 1st makanan yang Faqehah makan ialah bubur nasi+brokoli+ayam. Tapi sebenarnya mengikut pembacaan, bayi 6 bulan lebih elok di beri puree dahulu. Maksudnya contoh brokoli, kukus dan blend brokoli itu sahaja. Tapi tak buat kat Faqehah sebab dia tak nak. Huhu.. Tekak Melayu betul awak ni Faqehah. Ibu baru nak acah-acah follow Hanis Zalikha, bagi brokoli bagai. Hahaha..
So, Bermula daripada situ, ibu belajar daripada tokma, cara buat bubur. Ibu tanya maktok, waktu yang sesuai untuk awak makan. Google itu ini. Macam-macam cara ibu study. Kalau beginilah ibu study masa USM dulu, depan mungkin. Kikiki
Ok, untuk permulaan, elok beri makanan yang sama dalam masa 3 hari berturut-turut untuk melihat respon badan bayi kepada makanan tersebut. Mungkin Ada allergic, atau tak sedap perut, atau angin. So, kita kena try and error. Alhamdulillah, setakat ini, Faqehah boleh terima semua makanan yang diberi.
Bagai ibu berkerjaya, biasanya memang kena sediakan stok makanan seperti buat stok susu. Ibu biasanya akan masak untuk stok 2 hari je. Lepas tu masak lagi untuk 2 hari lagi. Entah, macam tak sampai hati pulak bagi makanan yang dah simpan lama lama. Tapi kalau rajin, boleh je masak setiap pagi sebelum pergi sekolah. Tapi tu lah.. Hahaha
Setakat hari ini ibu just perasakan makanan Faqehah dengan ayam. Pernah cuba dengan ikan bilis, tapi ditolak.then, Buangggg.. sedih! Huhu..
Jadi resepinya just bertukar-tukar sayuran. Maksudnya nasi+kentang+ayam+Bawang sikittt je(banyak-banyak nanti, jadi mak cik bawang pulak. Ok, punchline) . Atau... Nasi+carrot+ayam+bawang. Atau, nasi+brokoli +ayam+Bawang. Dan Macam-macam lagi. Ada orang ckp kalau dah ada kentang, Nasi tak perlu, sebab dah ada karbohidrat. Ibu dah try, Faqehah yang tak nak. Buangggg lagi..
Then, harini ibu baru start kenalkan awak dengan rasa masam. Hahaha. Buah Strawberry, masukkan dalam fruit feeder macam puting tu, bagi Faqehah isap. Mula la buat muka pelik, masam, tapi nak lagi.. Sempat lah habis separuh buah tu.
So, lepas ni nak explore lebih lagi. Semoga awak membesar dengan sihat, kuat, dan gembira ya sayang. InsyaAllah.
Seikhlasnya:
IBU AWAK










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)