Assalamualaikum. Subhanallah. Post kali ini ialah post pertama selepas bergelar ibu. Alhamdulillah Ya Rabb.
NURUL FAQEHAH BINTI MOHD FITRI. Puteri mak. Post ni mak taip di sebelah awak yang sedang tidur. Dah lama mak tak update blog. Faqehah, terima kasih hadir dalam hidup mak dan abah. Awak tak tahu betapa mak menangis dalam pelukan abah bila mak cek upt test, positif. Mak rasa nak peluk perut mak sendiri masa tu. Haha.. Betul la, mungkin setahun tunggu awak, Allah nak buat mak betul-betul percaya dengan konsep 'doa' dan 'sedekah'. Mungkin jugak nak beri mak dan abah habiskan masa berdua sebanyak mungkin. Haha..
Intan paying mak, awak dah ajar kami macam macam. Dulu, mak cukup takut. Takut masih tak bersedia nak uruskan awak, jaga awak. Tapi Allah tu Maha Tahu. Dia beri pada waktu yang tepat. Waktu mak sentiasa perlukan kekuatan, waktu mak rasa lemah. Sebab bila awak ada, mak rasa kuat demi awak.
Sayang mak, mak takkan lupa, hari pertama, mak sentuh awak, hari pertama mak kucup awak, hari yang awak dah ubah title ramai orang. Terima kasih sayang mak. Terima kasih Allah.
Cinta hati Mak, membesarlah sebaiknya. Ramai orang sayangkan awak. Mak akan cuba sedaya mak untuk jaga dan didik awak. Semoga Allah sentiasa jaga awak, murahkan rezeki awak, mudahkan urusan awak, bahagiakan awak. Mak pun doa semoga insan-insan yang mak sayang, dapat berkongsi rasa apa yang mak rasa, dapat rasa nikmat zuriat, nikmat menjadi ibu bapa. Amin.
Seikhlasnya daripada, MAK AWAK.










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)