Ahad, 16 Jun 2013

SELAMAT HARI AYAH


aku bukan yang terbaik antara kita, hadis pun copy paste je. 
Rasulullah pernah bersabda
'sesiapa yang mempunyai anak perempuan dan bersabar dalam mengurus dan menanggung kesusahan kerananya, maka dia dianugerahkan syurga kerana membahagiakannya'
(Riwayat Ahmad)
ternyata kasih ayah lebih dari itu. bersabar dengan kerenah si perempuan yang seorang ini, ayah sangat bagus dalam hal itu. dia lelaki pertama hadir dalam hidup ini. berusaha apa saja demi aku yang tak seberapa ini. dan kasih itu diteruskan oleh Along. ya, seramai mana pun lelaki yang dibariskan di hadapan aku, even Aiman Azlan pun terselit di situ (ok,terlebih sudah). aku akan tarik dua insan ini untuk berada di samping aku. 
SELAMAT HARI BAPA, AYAH. semoga dipermudahkan segala urusan, diselesaikan segala masalah, diberkati usaha ayah, kerana ayah dah banyak mudahkan, selesaikan, dan berkati hidup anak ayah ini. semoga ayah sihat selalu. Wawa Sayang Ayah.
post sebelum ini

MUZIUM BAWAH LAUT OLEH JASON DECAIRES TAYLOR


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. saya sayang ayah saya...selamat hari bapa untuk bapa di seluruh dunia :)

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...