Jumaat, 7 Jun 2013

.

tipu kalau aku katakan aku tak rindukan kau
cuma aku tiada kata untuk lafazkannya
tipu kalau aku kata kenangan kau dah jauh ke pulau
sebab sisa kasih itu jadi penguatnya
biarlah andai itu rasa sendiri
lebih bahagia jika ia disambut kembali

kata orang, manusia tiada yang sempurna
khilaf aku, khilaf kau, 
kita sama. tapi aku mungkin lebih khilafnya
kerna aku tidak sesempurna manusia, 

malam selalu dengki padaku
bila ia tiba, ia heret dahan kenangan itu bersama
bawa aku lena bersamanya

jika kau biarkan, aku menurut seperti mahumu
aku masih teruskan hidup
bukan kerana aku baik, 
jauh sekali kerana aku alim, tidak!!
tapi kerana kau pernah hadir sebagai sesuatu yang bermakna dalam hidup aku


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...