Khamis, 28 Februari 2013

TAK TERDUGA APA YANG ADA DI SEBALIK JENDELA

Assalamualaikum. minggu pertama semester berlalu begitu cepat. tak terkejar rasanya. sudah mendaftar subjek itu dan ini walau terkadang pernah terdetik di hati memikirkan kemampuan untuk mengendongnya hingga akhir semester. Semester ini memberi pengalaman baru, ya, berseorangan di dalam kelas yang penuh dengan pelajar Tahun 3, dan si aku ini terkulat-kulat sendirian sebagai pelajar Tahun 2. Semangat sangat down. Benar, hampir setiap akhir kuliah, tangan akan mencapai Nokia pemberian ayahanda, mendail no bonda, mencari sedikit kekuatan walaupun tak kuceritakan hakikatnya. Walau seringkali akan mengganggu guru semangat itu dengan kerjayanya, dia tetap seorang ibu. Ibu yang sentiasa bersedia mendengar apa saja.  tapi benarlah bonda sentiasa umpama ahli sihir yang mampu meneka hati anaknya. Terpegun seketika tentang fakta itu. Risiko ini diambil atasdasar mengejar major yang harus dihabiskan.
Semester ini, semua dugaanku silap belaka. harapan untuk hari sentiasa panas dan berangin, namun ribut taufan itu menyapa dengan senyum simpulnya. aku sendiri tak terbalas dengan senyuman itu. Cabaran demi cabaran, akademik membawa ke kerjaya MPD, satu demi satu. mungkin dulu sudah terfikir tentang itu, dan hati kata "jangan risau, aku kuat! aku mampu!". ternyata hati hanya tinggi mendabik dada saat itu kerana sekarang, dia makin rebah. Mata yang dulu terang meneroka dunia, takbur dengan keupayaannya berjaga sepanjang hari, bertahan walau sekuat mana cabaran itu tiba, kini hanya mampu menunduk malu tika air matanya terlalu mudah jatuh hampir setiap hari. 
namun, terima kasih kepada semua yang masih bertahan bersama aku ini, yang tegar mengharung dunia seiring aku. tak kusalahkan sesiapa, benar! Tuhan telah takdirkan segalanya. Terima kasih ayah bonda sejati, terima kasih jantung hati, terima kasih teman-teman abadi, terima kasih lima beradik mithali, terima kasih adik-adik perempuan yang disayangi. 
p/s: Mini (Pantun Antara Desasiswa Universiti) PADU sudah selesai, alhamdulillah. Nanti akan update tentang perjalanannya ye :)

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:


  1. Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    Jika kau fikirkan kekalahan
    Kau hampiri kegagalan
    Jika kau fikirkan kemenangan
    Kau hampiri kejayaan

    Engkaulah apa kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Kau fikir boleh melakukan
    Fikirkan boleh

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    Engkau boleh

    IKLHAS BUAT ANAKANDA TERSAYANG

    BalasPadam
  2. Sebagai bekal bagi buat anakanda, ayahanda sediakan koleksi kata-kata hikmah terpilih;

    Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
    Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
    Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
    Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
    Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
    “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”
    Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
    Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
    Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
    Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
    Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...