Jumaat, 15 Februari 2013

NAK SELAK SIKIT MUKA SURAT 3 WALAUPUN HAMPIR LEWAT

Salam semua. sekian lama tinggal taman yang dah nak jadi semak ni, singgah la sekejap buang lalang-lalang yang tumbuh. Konon azam nak tulis entry setiap hari, nampaknya tak berhasil. Takpe, ni nak tulis balik ni. 
semester 3 dah berlalu pergi hampir sebulan yang lepas dan aku baru nak mencoret tentangnya sekarang. dah lewat bukan? ini kalau anak kucing, dah terbuka matanya, dah pandai berlari-lari dah. huhuhu.tak kira, nak tulis jugak. aku memang suka tulis lambat-lambat. ada masalah??
pengakhiran semester 3 sangat seronok dan gila. bersama mereka yang aku kira keluargaku di perantauan,. walaupun roomate kesayangan tak join lantaran sedikit kekangan, rasa kekurangan di situ, tapi perancangan tetap diteruskan. menghabiskan masa bersama, menanam sedikit benih memori di sudut keluasan tanah kehidupan kami. bermula dari petang, barbeque bersama di rumah SYED, bersama familynya yang ohsem! beribu terima kasih diucapkan. kemudian membawa diri masing-masing ke hujung Batu Feringgi, ambil angin sebentar. Bila badan dah sejuk, habiskan minyak kereta lagi dengan pusing sekitar Pulau Pinang. Awal pagi menyaksikan 10 budak hyperactive merayap di Mall yang dah nak tutup, di lorong-lorong kedai, mencari Street Art Penang, di pesisir pantai mencari makan penghilang lapar. sedikit coretan buat ingatan aku sendiri bila aku menyingkap sejarah blog ini nanti. 
Syed bersama familynya yang sangat baik hati :)
family Syed jugak. JIBAM! dia dah curi hati kami semua.
 sang lelaki yang hadir dalam hidup aku di USM ni.. mereka support aku seadanya aku. thanks guys :)
 seriously, mereka punya pelbagai karakter dan aku akan tersenyum setiap kali teringatkan mereka.
wanita unggul yang sentiasa tolak aku bila aku terundur ke belakang. tak ketinggalan sang roomate, ARI. selalu didik aku untuk jadi manusia. :)
 kami pelbagai ragam, tapi ada masanya, kegilaan itu tetap sama
 kan dah cakap..
 Mall dah tutup, tapi 10 pasang mata ni masih terbuka
Jadi, itu sedikit coretan aku bersama mereka. cerita yang sama juga tapi dari insan yang berbeza boleh dilihat di rumah MIRA dan SHAFIQ :)
seterusnya memori bersama kepimpinan Saujana, satu lagi sudut tanah kehidupan aku dah ditanam dengan benih memori bersama mereka. dan terkadang hati ini memanjatkan syukur pada-Nya kerana memberi izin pada aku untuk bernaung bersama mereka. dengan muka serius ingin aku katakan,aku banyak belajar daripada mereka. semoga segala yang kita rancang untuk sidang ini berjalan lancar dan dipermudahkan-Nya.
p/s: cuti semakin habis macam putung rokok yang semakin pendek. banyak perkara perlu diselesaikan menjelang permulaan semester ini. mungkin sejarah meninggalkan roomate sorang-sorang dalam bilik akan berulang lagi dan lagi... maaf roomateku T_T
post sebelum ini:

[GAMBAR] COOL-WALLET: 3 GAJET DALAM SATU PERANTI. KAU MAMPU??


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. Sang Rumate?? Mendidikmenjadi manusia.. ouuchh.. terharu katanya! :D

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...