Rabu, 8 Ogos 2012

MALWARE! BERHATI-HATI KETIKA PUBLISH ENTRY.

Assalamualaikum. baru sahaja selesai mengubati blog yang tiba-tiba dilanda MALWARE! berpeluh-peluh mencari penyelesaian. Aduh, internet..internet.. macam-macam virus kau sebarkan, seronok bukan? ya, aku juga yang melilau mata mencari di segenap pelusuk Google itu untuk mencari ubatnya. Tahu mengapa? ya, setiap kali mengakses blog kesayangan ini, tiba-tiba bertukar menjadi..
Malware, menurut si Wikipedia, ia dicipta untuk sesuatu tujuan berdasarkan penciptanya, yakni lebih kepada untuk mencari kelemahan sesuatu software. maka, ia bertindak lebih aktif dengan misi untuk merosakkan dan membolosi software yang ada di alam maya ini. hahaha, mungkin dengan malware inilah, aku dapat akses Youtube di USM dengan jayanya! ya,mungkin.. ok, kantoi di situ ^_^
Jadi,lebih kurang beginilah gambarannnya. berdasarkan term-term yang dinyatakan, malware menyerang blog ini kerana terdapat elemen-elemen yang telah dihack oleh Google selepas 90 hari pemerhatian, dan elemen tersebut baru sahaja wujud dalam blogku ini. tak pasti apa bendanya.
tapi Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan masalah ini selepas lebih 15 minit mempersembahkan gerak tari jejari ini di kekunci Eee PC ASUS purpleku ini.. mujur sedar lebih awal, seperti risau anak yang mula demam panas gamaknya. fuhh~ *lap peluh di dahi* tapi rasanya benda ini akan terjadi lagi..

game Roger Federer haritu memang smart :) *tiba-tiba*
p/s: berhati-hati itu tidak salah, terlalu berhati-hati itu yang mengwujudkan serba salah.
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

3 ulasan:

  1. owh, nasib baik tak kena blog aku....kena slalu hati2x nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa...masalahnya datang dari gambar2 yang kita ambil dari Google.. sesetengahnya dah tak selamat lagi... aduyai.. sabor je laa..

      Padam
  2. owh,,, yeke.. kalau kena awak buat macam mana ea?

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...