Khamis, 2 Ogos 2012

3RD POST: PLKN KENTALKAN SEMANGAT WANITA INI

assalamualaikum.. termengah-mengah sendiri. mengejar itu dan ini. tak sempat rasanya nak menoleh ke belakang. mungkin sempat mencuit apa yang di kanan dan kiri. cepat betul masa bawa kaki ini berlalu.
rasa nak teruskan sidang REVIEW POST. jelas benar tiada idea ingin diutarakan. pftttt~ Mari selak post ketiga dalam sejarah blog Bunga Kat Taman Teman ini. KLIK SINI YO!
yaaa.. sedikit coretan pengalaman selama 3 bulan di PLKN Semarak, Pekan, Pahang. Tanah yang cukup indah, di kanan Laut China Selatan, di kiri Sungai Pahang. haha.. masa ini, masih lagi jahil dalam penulisan blog. Menulis seumpama menaip pesanan ringkas di Nokia 3310. short form gamaknnya. buruk bebenor.. Sekarang dah berilmu sedikit tentang bahasa, rasa malu ingin menulis se'short form' itu. hiks~ Lihat, sekarang dah pandai justifykan perenggan.. haha.. Sedikit anjakan bukan? Alhamdulillah.
PLKN pada mulanya sangat kejam di mata empat ini. Masakan tidak? Insan lain sedang berjimba di rumah, bekerja mengumpul sedikit wang menyambung pelajaran, kau pula perlu harungi hutan tebal, menyentuh M16, tinggal di perantauan, berlagak seumpama askar medan peperangan, makan makanan yang kau tidak suka, berjaga hingga ke tengah malam menjaga yang lain melayari mimpi, menadahkan wajah dek sinar matahari hingga orang sudah tidak kenal kau siapa, bersahabat dengan pelbagai kerenah manusia. Berilah satu senarai semak, pasti tersengguk-sengguk membacanya.
Tapi.. kau tahu bukan, perancangan Tuhan itu tetap yang terbaik. Secara halusnya, diri ini sudah sedia terdidik dengan kemesraan bersama semua kaum, kekuatan kaki untuk berdiri di hadapan puluhan manusia, kelembutan lidah untuk menzahirkan apa yang tersimpan dalam akal dan hati. Pasti semua hati juga takkan pernah lupa, kemegahan bila berjaya turun dari menara menongkah langit itu, bila tangan lembik ini mampu menampung M16 dengan wajah yang cukup teruja, bila diri ini mampu bersama yang lain membuat persembahan terbaik hari itu, dan juga ukiran senyuman sambil mengelap peluh bertitik-titik sepanjang bersama orang kampung bergotong-royong. Mana lagi nikmat Tuhan yang ingin kau dustakan wahai diri??
Kau pasti tidak akan lupa saat air matamu menitis perlahan, bila kali pertama kaki menjejak tanah subur itu. Kau bimbang kau tiada teman, risau kau tak mampu, takut kau berasa penat, rindu berada di rumah, pelbagai rasa lagi seperti bayi lagaknya. Tapi.. kau juga pasti tidak akan lupa bila mana air matamu menitis cukup deras saat beratur pulang, menamatkan perjalanan kau di sana. Sahabat putih bermata sepet itu juga menangis, memegang erat tangan kau, tapi kemudian dia tertawa bila kau menyanyikan lagu cina yang dia ajarkan pada kau. Kelakar katanya. Pilu juga membalas senyuman sahabat-sahabat lain, bergelak ketawa buat kali terakhir dengan wira-wira itu, seronok gamaknya tak perlu botak lagi. Mengucup tangan jurulatih yang saban hari menjerit lagak seorang komander. ya, mereka memang komander. Dan hingga kini, diri ini bersyukur kerana pernah bergelar WIRAWATI PLKN :)
p/s: sidang 2012/2013 menanti.
entry sebelum ini:

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...