Rabu, 16 Mei 2012

TITIPAN KHAS BUAT SI PENDIDIK

assalamualaikum... sekian lama membiarkan blog ni berhabuk..akhirnya si tuan tanah merajinkan diri untuk menaip di tengah malam ni.. Hari ini 16 Mei.. buat kesekian kalinya, tanpa jemu, diri ini akan terus menitipkan kata-kata terima kasih buat insan-insan mulia ini.. teringat lagu Hari Guru masa darjah 3 dulu.
16 Mei Hari Guru
Hari mengenang jasa-jasamu..
terima kasih ikhlas untukmu 
yang rela berkorban selalu..
ABC kita diajar membaca,
123 kita diajar mengira......
(ok,dah lupa liriknya)

ucapan khas daripada Fadwa Daud.
buat insan teristimewa, ayahanda dan bonda... 
SELAMAT HARI GURU mak dan ayah!!!! wawa rindu nak dengar cerita mak dan ayah bila balik sekolah... kadang-kadang masa mak dan ayah tengah berborak pasal sekolah, wawa mesti menyempit jugak nak dengar, padahal tak faham apa-apa...hahaha.. tapi.. bila dah berjauhan ni, dalam perjuangan untuk bergelar seorang guru juga, beribu-ribu cerita nak dikongsi dengan mak dan ayah.. kalaulah diri ini larat, dah siapkan satu senarai semak tentang perkara yang nak diceritakan.. terlalu banyak.. 
kadang-kadang bila mak dan ayah sibuk dengan urusan sekolah, ada juga rasa dengki dalam hati ini dengan sekolah.. banyak kali jugak wawa bergurau dengan mak, suruh batalkan kelas tambahan, batalkan mesyuarat, wawa minta maaf mak, tak ada niat wawa nak kacau urusan mak, cuma kadang-kadang rasa sunyi tak ada teman berborak. dan sekarang, wawa minta maaf lagi sekali sebab wawa yang tak dapat temankan mak berborak..  
lagi rasa rindu bila teringat masa tolong ayah buat assignment, siapkan soalan exam, sampai tumpah-tumpah dakwat printer wawa buat, minta maaf ayah.. sekarang, bila berdepan dengn assignment yang sebenar, wawa belajar daripada ayah untuk buat sehabis baik. belajar untuk tolong orang semampu yang mungkin. biarlah orang tak nampak pun, Tuhan nampak..   ayah,bila rindu, wawa buka video ayah menyanyi :)

teringat masa habis pembentangan pengajaran mikro, lecturer komen "awak memang ada bakat sebagai seorang guru, seolah-olah dah ada pengalaman dalam bidang pengajaran...bla..bla..bla.." saat tu tiada rasa lain selain rasa sayu teringatkan mak dan ayah.. semua tu wawa belajar dari mak dan ayah.. semua tu wawa dapat dari mak dan ayah. Tuhan, rahmati dua insan mulia ini... *laptop dah basah,lap sekarang!!!!*

SELAMAT HARI GURU juga kepada guru-guru SMK Selancar!!! cikgu yati, cikgu rosli, cikgu asrani, cikgu ita, cikgu siti, cikgu razdi, cikgu suhazlan, cikgu rosmadi,cikgu razmi,cikgu khuzaimah, dan semua tenaga pengajar SMK Selancar.. semoga generasi cemerlang SMK Selancar terus bersinar di bawah pimpinan semua..

Along dan Kak Farah!!!! HAPPY TEARCHERS DAY!! sepatutnya kalian yang mendapat hadiah, dah terbalik pulak kan.. terima kasih banyak-banyak. *camne tau wawa suka teddy bear? mana tau wawa suka teddy bear yang bersendi, mana tau wawa tengah kumpul botol Bliss? mana tau ha Along??*


mohon maaf jika ada nama-nama yang tidak disebut, bukan bermakna diri ini tidak menghargai, percayalah... akhir kata, SELAMAT HARI PENDIDIK BUAT SEMUA PENDIDIK YANG TERUS BERJUANG, BEKAS PENDIDIK YANG AKAN KEKAL SEBAGAI PENDIDIK, DAN BAKAL PENDIDIK YANG AKAN MENERUSKAN TERAJU UTAMA GENERASI KITA NANTI.

*terngiang-ngiang lagu Guru Malaysia dalam kepala*

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

1 ulasan:

  1. awww, ada dah gambar koko ;) selamat hari guru jugak buat wawa.. thank you very much for the wish ^ ^
    -k.farah

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...