Hari Sabtu yang sangat menghiburkan. daripada pagi tadi, sampai tengahari, hadir ke Pusat Seni bersama Mira dan Iqa untuk memberikan sokongan kepada roomateku, Aryiana yang akan mengadakan pementasan untuk kursus pengajiannya. semua kumpulan yang berlakon sangat menghiburkan. bertemakan GURU, hati ini jadi semangat untuk menjadi guru yang terbaik insyaAllah.
Alhamdulillah, tahniah kepada roomate kesayangan yang berjaya menamatkan kerja-kerja lakonan dengan jayanya. as pengarah, you must be proud dear:) bukan mudah untuk mengatur gerak kerja, dan bukan mudah untuk berdiri di hadapan orang ramai sebab bakkata kau, kau kan pemalu orangnya. ngee~~ :D
tahniah daripada roomate mu ini.. ingat weh, aku takkan pernah jemu untuk dengar cerita-cerita kau, walaupun aku nampak macam tak dengar, tapi aku akan cuba berada di depan kau untuk jadi pendengar terbaik kau.. *ok,belanja aku makan nanti ye!*
malam ini pula insyaAllah akan hadir ke pementasan teater komedi KELAD KELAHI untuk memberi sokongan kepada sahabat comelku Syed Ikhmal Al-Qadrie yang akan berlakon bersama-sama kumpulan Mamu. waa..famous lah hang nanti weh! :D jangan risau, nanti kami bawa banner besar-besar 'We Are All Syed Ikhmal!!' hehehehe.. teater ni berlangsung selama 5 hari berturut-turut.. penat tu.. goodluck my friend!
kami kongsi minat yang sama.
3D ANIMATION!!
jadi, perjalanan hari Sabtu ini tidak membosankan.. terima kasih kepada yang memenuhi hari ini dengan tawa dan kenangan. :) kami mungkin tak dapat membantu dari segi fizikal, tapi sekurang-kuarngnya kami ada untuk memberi keyakinan, sokongan, dan kebahagiaan kepada mereka..kerana mereka juga pernah membuat kami rasa bahagia.
p/s:Tuhan tahu kepada siapa harus dikurniakan sahabat yang baik dalam hidup hamba-Nya.










thanks dear...sedih bce ni sume...ye la vte aku je nk dgr,cte ko ble lak??? :p
BalasPadam