Isnin, 6 April 2009

MENGGELETAR MELIHAT ISI KAABAH..

Assalamualaikum..seperti mana yang kita tahu,dalam ibadah haji terdapat satu ibadah iaitu tawaf..semua umat islam akan menjalani ibadah ini sekeliling kaabah,tetapi dalam proses ini Allah telah memilih insan pilihanNya untuk merasai kebesaranNya..tak paham?bce cerita nie.. cite nie aku amik dr rncangan tv kat astro oasis,Iktibar Dari Tanah Suci.mgkin x terperinci sgt cite aku,tp,hayatilah..
Haji Latip dalam perjalanan utk ke kaabah utk bertawaf.dalam perjalanannya,dia mrasakan kelainan drp hari2 sebelumnya..semasa di masjidilharam,hatinya berkira-kira samada mahu pulang ke tmpat penginapan atau menuju ke kaabah.lalu dia mengatur langkah menuju ke kaabah.dia merasa pelik kerana suasana sgt berlainan,rmai pegawai polis di spanjang jalan tetapi tiada sebarang kejadian yang berlaku..dia meneruskan perjalanan..apabila tiba di hadapan pintu masuk,Haji Latip melihat terlalu ramai manusia,dia bergerak sehingga dia berhenti di satu tempat yang tinggi hingga membolehkannya melihat segala yg berlaku di situ..suasana di situ begitu sibuk kerana semua orang sedang sibuk beribadat tanpa memikirkan orang lain.. semasa itu,kedudukan Haji Latip setentang dengan pintu kaabah,dia hanya berdiri dan memerhatikan keadaan sekeliling,di sisinya terdapat seorang lelaki yg berasal dr yaman.. tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yg sering dijumpainya,tetapi,setiap kali dia terjumpa dengan lelaki itu,dia sentiasa membaca Al-Quran.pernah terdetik dihatinya'bila masa lelaki ini tidur,bilamasa dia makan, asyik baca Quran saje'..sedang dalam kesibukan orang yg ramai,Haji Latip ternampak 3 orang lelaki berdiri di hadapan pintu kaabah.lelaki yang tengah itu memegang kunci pintu kaabah, Haji Latip percaya bahawa lelaki itu adalah anak keturunan Nabi Ibrahim,kerana hanya keturunan Nabi Ibrahim sahaja yg dapat membuka pintu kaabah,yg lain tidak boleh..lalu mereka menarik kunci itu bersama-sama,pintu terbuka diiringi bunyi yg amat menggerunkan dan....
Haji Latip dan temannya dari yaman itu menyaksikan semua yg berlaku..apabila mereka berdua melihat isi kaabah,tanpa diduga air matanya mengalir sederas-derasnya..hatinya meruntun dan ketakutan,kakiya menggeletar..
'masa tue saya rasa kerdilnya diri ini kalau nak dibandingkan dgn kebesaran Allah..rasa terlalu lemah,terlalu jahil..tak tau nak cakap macam mana perasaan waktu itu,terasa diri seorang hamba yg hina..'katanya sambil menangis apabila ditemubual..apabila ditanya apa yg dilihat apabila pintu kaabah dibuka,Haji Latip berkata dgn tegas sambil mengesat air matanya.. 'bila 3 org lelaki itu masuk,saya tak mahu cerita dah,ckup sampai sini saja..tapi apa yg jelsnya saya rasa diri saya terlalu kerdil apabila melihat isi kaabah..memang..memang manusia ini terlalu kerdil kerana kita hanya hambaNya..tapi kenapa manusia masih tidak sedar lagi tentang hakikat itu??kenapa masih nak melanggar perintah Allah??itu yg saya kesalkan..'apabila ank dan isterinya bertanya,sekali lagi dia berkata'saya sama sekali takkan memberitahu apa yg terkandung di dalam kaabah.saya sudh katakan pada teman dari yaman itu supaya jangan memberitahu sesiapa tentang isi kaabah,walaupun kami diugut bunuh dan seksa sekalipun,kami tidak akan buka mulut!'katanya..
begitulah bagaimana Allah memilih seseorang untuk menjadi tetamu istimewaNya..Allah tidak memilh seorang pakar dalam bidang islam,bukan jua imam atau apa saja,tetapi cukup sekadar seorang petani biasa yang dipilih untuk melihat kebesaranNya..telah tertulis didalam kalamNya yang bermaksud;
'sesungguhnya insan yang paling mulia disisi Allah adalah insan yang lebih tinggi
takwanya kepada Allah(bukan drpd pangkat,keturunan dan darjat),
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya..'
(Al-Hujurrat,ayat 13)
untuk pengetahuan semua,Haji Latip bukan seorang yang sangat baik semasa usia mudanya.. 'sejahat-jahat saya,saya tak pernah buat perkara seperti zin,atau khurafat..paling jahat la seingat saya,kalau saya nak makan ayam tue,saya curi saja..tapi itu masa muda2..asyik pikir nak berhibur saja..saya dulu minat menyanyi,pantang tak de kerja,saya menyanyi. tetapi selepas apa yang saya alami,ia s1 pengajaran buat saya...
jadi,,,apa yang ingin saya paparkan disini,Allah mampu memilih siapa saja untuk menyaksikan kebesaranNya yang sangat luas..dan sedarlah ..sedang kan isi rumahNya saja mampu membuatkan diri kita terasa amat kerdil,inikan pula Tuan rumah tersebut..mungkin bagi Haji Latip,hatinya meruntun,dirinya menggeletar,dia menangis,tetapi sebenarnya dia....TETAMU ALLAH..


ingat!PANDANGLAH SESUATU DENGAN PANDANGAN MATA HATI,NESCAYA KITA DAPAT MELIHAT APA YANG TERSIRAT DISEBALIK YANG TERSURAT..wassalam..


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

3 ulasan:

  1. ambil tag dri ak k
    wawa....
    syang kamoo

    BalasPadam
  2. Cuba lihat link ini. http://rs-man.blogspot.com/2009/04/15-april-inside-kaaba.html

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...