Ahad, 12 April 2009

JOM SENYUM!!

senyum.hmm..memang senang nak sebut,tapi ada antara kita yang susah nak berikannya kepada orang lain sedangkania sesuatu yang amat mudah untuk dilakukan..mungkin ada yang berfikir'wat pe aku nak senyum kat dia,aku bukan kenal dia pun..'atau'hish!!senyum kang dia kata aku gila plak!'dan macam-macam lagi andaian..
sebenarnya..kalau kita ikhlas dalam memberikan senyuman,tidak akan timbul andaian yang macam tue,lebih2 lagi kalau senyuman tue dah dijadikan sebagai amalan jika bertemu dengan sesiapa malah sesuatu!maksudnya kalau kita bertemu dengan haiwan atau tumbuhan sekalipun,kita akan tersenyum..ini kerana haiwan dan tumuhan juga makhluk ALLAH dan mereka juga mempunyai naluri dan perasaan,cuma tidak dizahirkan..cuba bayangkan kalau tetiba benda nie wat kat kita,tak ke terkejut nanti..
disini saya ingin menjelaskan serba sedikit tentang fadhilat senyuman..harap dapat diambil pengajaran..benda nie saya dapat semasa mendengar tazkirah jumaat yang disampaikan oleh puan pengetua sekolah saya dulu,ustazah aminah idris..syukran ya ustazah..
1.SEDEKAH YANG MAHAL
seperti yang kita tahu,senyuman adalah sedekah.dan ia tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.contohlah kalau ada seseorang diupah untuk tersenyum kepada seseorang,pasti senyuman yang dilemparkan itu bukannya senyuman yang kita dapat rasai keikhlasannya..pasti.
2.MELAMBANGKAN KECERIAAN DIRI
senyuman itu mampu menceriakan hidup kita.sekali kita tersenyum pada orang,pasti akan terdtik di hati mereka'hey,ceria dia hari ini'atau 'dia nampak gembira'..lihat!tanpa kita perlu berkata'hai,saya ceria dan gembira hari ini!',hanya ingin menunjukkan yang mood kita baik pada waktu itu..
3.BUKAN BENDA YANG REMEH
adakah apabila kita hendak senyum,kita perlu memberikan kata kunci seperti ingin membuka peti rahsia?atau perlu melalui satu ujian besar seperti ingin melanjutkan pelajaran?TIDAK!
cukup sekadar melonggarkan sedikit muka dan mengikhlaskan hati..susah ke..lainlah kalau mengalami sakit gigi atau apa saja..a hanya akan menyusahkan diri,ok..just smile!
4.BOLEH MENURUNKAN SUHU KEMARAHAN
'yeke??kalo aku tengah marah,nampak orang senyum..rasa nak lempang lagi orang tue adalah!'hehe.. memang laa..itu kalau orang lain yang senyum,cuba kalau waktu kita marah,kita cakap kat diri kita'ok,diri..releks dan senyum..sabar..'dan kita senyum seikhlas-ikhlasnya..mungkin kita rasa'takde perubahan pun'hehe..ada sebenarnya..tanpa kita sedari,naluri kemaafan itu akan muncul sedikit demi sedikit..tak caye?try la dulu,baru tau..
5.BOLEH MENGURANGKAN KESEDIHAN
'ape nie?tadi waktu marah,nir waktu sedih plak.wahh,semua nak sapu!!'memang laa..sebab tue la ALLAH menciptakan senyuman dalam diri kita supaya mampu membantu kita dalam apa keadaan sekalipun..kali nie,kalau kita sedang marah,cakap kat diri kita'ok,diri..sabar sebab nie semua dugaan dari ALLAH,ok,everythings will gonna be alright..'dan senyum dengan ikhlas, ingat!ikhlas tue penting sebab ia sebagai tanda kita redha dengan setiap ketentuanNya,nescaya nanti ALLAH akan gantikan semua kesedihan kita dengan kegembiraan yang tak ternilai tanpa kita sedari..
6.MEMBERI KEKUATAN KEPADA KELETIHAN
percaya atau tidak,inilah hakikatnya..bila kita letih baru balik dari study atau dari kerja,cuba kita senyum..ia akan memberi satu perasaan yang boleh dikatakan macam nie'hmm..memang letih buat benda nie,tapi takpe,sebab benda nie la yang memberi rezeki pada aku,lagipun ini adalah yang ditentukan oleh ALLAH,takkan lah baru brnda yang macam nie je aku nak mengeluh.. aku kena teruskan juga'selepas itu bangun diiringi dengan senyuman gigih anda dan teruskan hidup!
7.MEMBERI SEMANGAT
betul!!tak caye?ok,cuba bayangkan..seorang pesakit yang terlantar di hospital didatangi oleh doktor yang merawatnya.dan doktor itu berkata'jangan risau,insyaAllah,penyakit awak akan sembuh tidak lama lagi'beserta senyuman yang menawan..pasti pesakit itu akan bersemangat untuk menunggu saat dia akan sihat dan akan semangat untunk teruskan hidup..tapi cuba bayangkan kalau doktor tue cakap benda yang sama,tapi muka masam dan sedih.. nak ke pesakit tue percaya cakap doktor tue..mesti pesakit tue cakap dalam hati'doktor nie,cakap macam aku nak mati je tak lama lagi'...so.caye tak..

8.SUNNAH RASULULLAH..
senyum nie sunnah Rasulullah,tau kan..seorang sahabat pernah berkata'jika ditanya siapakah manusia dalam dunia ini yangpaling kerap tersenyum?jawapannya adalah..RASULULLAH...
sunnah Rasulullah nie,sahabat-sahabat sekalian,kalau kita amalkan dapat pahala.. jadi amalkan lah selalu sebab Rasulullah suka umatnya yang mengamalkan sunnahnya,moga kita beroleh syafaatnya diakhirat sana..AMIN..


JADI.......RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...