Rabu, 20 Ogos 2014

KEPUTUSAN UPU KEMASUKAN 2014/15

Assalamualaikum semua. berzaman juga ye tak menjenguk blog. biasalah... walaupun terlewat seminggu lebih rasaynya, jadi entry kali ini buat semua adik-adik lepasan STPM dan setaraf *pftt.. ayat formal gila*
Buat semua yang berjaya mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi, tahniah saya ucapkan.. tentu gembira kan? ya, masih saya ingat saat-saat itu. Saat menyemak keputusan UPU. SubhanaAllah.. betapa saya kagum dan sayu dengan kasih sayang Allah kepada saya. Betapa rezeki itu telah Dia tetapkan secantik-cantiknya. Saat itu yang saya tunggu setelah sekian lama. Mendapat tawaran di universiti idaman saya dengan program pengajian yang saya impikan. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, SASTERA DENGAN PENDIDIKAN. Alhamdulillah.. Sampai sekarang, kalau terkenang saat itu, masih menitis air mata ini kerana masih terasa hangatnya pelukan mak dan ayah. masih terbayang wajah guru-guru STPM satu persatu yang tak bentah tolak saya untuk kecapi apa yang saya lalui sekarang. Kini, 3 tahun sudah berlalu, tahun akhir kian menjelma, pelbagai kenangan, pelbagai rintangan, pelbagai keseronokan, telah saya temuai dan rasai. Berapa ramai insan yang saya jumpai, berapa ramai insan telah saya rindui, berapa ramai insan yang ajar saya erti hidup, berapa ramai insan telah ajar saya erti persahabatan, berapa ramai insan telah ajar saya erti setia, berapa ramai insan telah tunjuk saya erti kebesaran-Nya.  Aduhaiii... Jadi kepada adik-adik yang mendapat tawaran UPU, jangan sia-siakan. InsyaAllah, itu adalah jalan yang terbaik untuk kita, jalan yang Allah sediakan istimewa buat kita. 
Buat yang masih tidak mendapat tawaran, jujur saya katakan, usah bersedih, usah berduka, usah ungkapkan pertikaian tentang rezeki dari-Nya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. usahalah ke jalan yang lain. Mungkin jalan itu akan bawa kita kepada rezeki yang lebih melimpah, mungkin jalan itu akan bawa kita kepada masa depan yang lebih cerah, mungkin jalan itu yang akan bawa kita lebih dekat kepada-Nya tanpa gundah. InsyaAllah. :)
p/s: kepada adik-adik yang dapat USM, ditambah pula dengan pengajian SASTERA DENGAN PENDIDIKAN, bolehlah roger-roger saya ye, insyaAllah saya akan bantu mana yang perlu. komen je di entry ini atau di fb. chewah...macam lah kaunter pertanyaan kan. pftttt...

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...