Jumaat, 18 Julai 2014

MAAFKAN AKU

Salam Ramadhan.. kaku pula rasa jari ini nak menaip setelah berbulan-bulan tak menjenguk blog. Sunyi. Hati ini  sebenarnya sudah tak punya rasa untuk bercerita mengenai kehidupan seorang aku lagi. Itu yang aku khabarkan secara rasmi dalam entry sebelum ini. Bukan jemu, bukan malas, bukan benci, tapi bimbing. Seorang sahabat pernah ujarkan pada aku saat aku bercerita mengenai laman sosial. Tidak pula aku katakan yang semua pandangannya ini benar segalanya. Tidak. Cuma aku fikir katanya itu ada betulnya.  Dan ingin aku tegaskan, bahawa aku ini manusia biasa. Yang ada salah, ada aib, ada silap. (tolong jangan buat muka)
Kita selalu kongsikan segala macam kebahagiaan kita di laman sosial. Segala macam kesenangan kita. Benar, kita punya hak untuk berkongsi. Aku pun begitu. Kerana aku suka. Aku akan punya peluang untuk selak kembali semua itu dengan hanya sekadar klik sahaja. Mudah. Kerana bahagia itu tak akan jadi bermakna jika hanya dirasai sekali sahaja. Dengan mengimbau kembali rasa bahagia itu, kita akan punya waktu untuk sedar sudah berapa banyak nikmat bahagia yang Dia beri untuk kita rasai. Berapa ramai manusia indah yang Dia pinjamkan untuk kita temui...dan miliki. 
Tetapi bila wujud satu ketika bila semua bahagia itu sebenarnya boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada insan lain, aku jadi serba salah. Apa memang tidak senang dengan aku, atau tidak senang dengan kehidupan aku yang tak sehebat mana, yang banyak juga pahit dari manisnya, atau... entah, aku kurang jelas tentang itu. Kerana itu aku terfikir untuk berhenti berkongsi di blog ini tentang apa yang aku lalui dan miliki sehingga kini. Mungkin kerana ia terlalu terbuka. (Instagram boleh private..ngeee) Biar mereka yang ikhlas dengan bahagia aku sahaja yang tahu jatuh bangun aku bagaimana. Kerana aku juga pernah rasa tak senang dengan bahagia orang. Aku juga beribu kali dengki dengan kesenangan orang. Kerana itu aku nak ingatkan diri aku juga. Maafkan aku buat sesiapa yang pernah sedar aku bukan insan yang terbaik pernah kalian jumpa, buat sesiapa yang aku pernah kedekut kasih padanya... atau juga terlebih kasih . Maafkan aku. 
'Bahagia kita usah selalu dicerita, bimbang nanti buat orang lain rasa hidup dia tak cukup bahagia. Takut nanti fitnah ditabur merata. Takut nanti dengki terbit walau sahabat berabad lama. Siapa kita nak bandingkan tiap bahagianya manusia? Allah itu Maha Bijaksana, apa yang kita punya, apa jalan yang disusun-Nya, senyum sahaja. Teruslah percaya, itu yang terbaik untuk kita'
Tapi, sebab aku masih sayang blog ini, aku akan coretkan sekali sekala. 6 tahun dengan aku, mana mungkin aku akan tinggal begitu sahaja. no!

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...