Rabu, 18 September 2013

TERIMA KASIH LA YE PAK CIK BAS!

Assalamualaikum.. semester ini agak kelam kabut, berlari-lari anak ke kelas pagi ke petang, petang ke malam. Tapi siapa kisah, mungkin nanti aku akan guna pepatah alah bisa tegal biasa. Semalam kelas Sintaksis Bahasa Melayu, membuat aku kembali berlari pada awalnya, tapi bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Siapa yang mencipta sistem sebegini, aku sudah merungut itu dan ini. Bila aku sedar aku sudah memasuki fasa kelewatan yang melampau, akhirnya ambil keputusan untuk berjalan, ya, lorong Dewan Budaya itu sunyi, cuma mampu berdoa dan berharap tiada apa yang menegur, berkira-kira dalam hati, 'haa...tengok lagi The Conjuring, paku pontianak, tengok!tengok!'
Setiba di kelas, tumpuan mereka pada aku, ditambah pulak dengan pintu yang bunyi gedegaaangg!! aduhh... nasib aku baik, kelas masih belum bermula. tetapi aku masih rasa tak selesa dan down gila sebab lewat. nggak tahu kenapa. 
Bila pensyarah mula berbicara, beliau tidak mengajar hari ini, tetapi memberi sedikit bicara rohani katanya. ini serba sedikit intinya.
'Manusia akan sentiasa kegagalan, tetapi setiap kegagalan itu berbeza. bukan sekadar gagalnya peperiksaan. pernah tak awak tak dapat tarik ubi dari tanah? pernah tak awak pergi Tesco cari sawi tapi tak jumpa? pernah tak nak photostat nota, tapi kedai tutup? awak rasa gagal tak masa itu?'
'Ya!'
'Tapi dengan kegagalan itu, Allah beri kita perasaan untuk jadi lebih kuat, Allah didik hati kita untuk kenal apa itu sabar.' beliau berbicara terus-terusan, dan air mata aku tak henti-henti menitis.
Ya Allah, indahnya caturan hidupku yang Kau atur. Kau beri aku ujian kecil itu, Kau buat aku hitung saat aku rasa gagal kerana kelewatan itu tadi, dan Kau hadirkan pensyarah itu untuk ingatkan aku setelah apa yang berlaku. Benarlah, tak ada apa yang berlaku di dunia ini yang tiada hikmahnya. Jika aku datang awal tadi, mungkin hati aku tak terkesan dengan semua peringatan pensyarah itu. Tetapi hati aku sudah terkena impak yang hebat itu. Terima kasih Ya Allah atas teguran-Mu, terima kasih pak cik bas sebab tak datang-datang semasa saya menunggu.... terima kasih..
p/s- semoga lebih kuat untuk minggu-minggu akan datang.
pray for Egyt and Syria
post sebelum ini-

MEMANG KITA TAK KUAT, TAPI KITA TAK LEMAH


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

5 ulasan:

  1. setuju sgt dengan lect awak tu. :) normal lah tu gagal dlm idup.

    BalasPadam
  2. Life is beautiful and colorful...semuanya indah pada waktuNya... nice entry dear. Keep strong !

    BalasPadam
  3. Ala sayang,syahdunya,semoga anakanda menjadi seorang yang tabah.

    BalasPadam
  4. kalau tak gagal, kita tak belajar ttg kehidupan :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...