Assalamualaikum.. Selamat pagi sabtu. Nampaknya, Penang cerah hari ini, berbeza dengan hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah.
Bercerita mengenai kekuatan dan kekuasaan. adakala kita tampak lemah apabila berhadapan dengan yang lebih atas dari kita, namun, kitaran hidup ciptaan Yang Esa itu ada timbal baliknya. Yang di atas tak selalunya benar dan kuat. dan yang di bawah tak kerapnya salah dan lemah. seseorang pernah berpesan pada aku ini, 'jangan nanti bila kau sudah berada di atas, kau lupa di mana permulaan kau dahulu. jangan nanti bila kau punya kuasa untuk berbicara, kau alpa pada siapa kau berkata-kata, jangan nanti bila tanganmu punya hak untuk bertindak semudah apapun, kau angkat ia tinggi melangit, menekan-nekan mereka yang di bawah. kerana kau ada kerana mereka, kau berkuasa kerana ada mereka yang menjulangmu, kau kenyang kerana mereka sentiasa ada bersamamu, tanpa mereka, kau bukan sesiapa'















gambar yang dishare tuh menggambarkan segalanya. :) selamat pg dan happy blogging :)
BalasPadamsuka entry ni dan sangat2 setuju! gambar kuda dan singa tu pun dapat beri maksud yg mendalam
BalasPadamAkak..sgt hebat..thanx
BalasPadamAkak sgt2 hebat.. wlaupon km datas skrg tp akak ttp jd ptunjuk km..
BalasPadamAkak sgt2 hebat.. wlaupon km datas skrg tp akak ttp jd ptunjuk km..
BalasPadam