Jumaat, 23 November 2012

KEMANISAN SEJENAK DI CHINTA MANIS

Assalamualaikum.. setelah 5 hari di USM seusai cuti pertengahan sem, baru boleh update blog. berhabuk tebal sudah gamaknya. ok, sekarang dah amik kain, dah lap berkilat. done!

cuti mid-sem dihabiskan dengan Kem Tahunan St John, dan juga Program Bakti Siswa. enggan mengulas panjang mengenai kem St John (sebab tak ada gambar dlm simpanan, apapun, awesome!), beralih kita ke ceritera kasih di Program Bakti Siswa, anjuran HEP untuk semua desasiswa dan Saujana mendapat destinasi di Kampung Chinta Manis, Karak, Pahang! maka bergeraklah 26 gadis bersama seorang kakak dan ayahanda kedua kesayangan..haha.. Cik Eliza dan En Sofwan :) kita cerita beserta gambar naa.. jom.. 

Tiba di sana, disambut girang oleh penduduk kampung. kami diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Maka,diri ini bersama 3 lagi saudara diserahkan kepada Pn. Norliza dan En Azhar Daud. gambar pertama! Kak Long- Kak Huda Abd Samad. Kak Ngah- Kak Noriana Abd Mutalib. Kak Chik- Nur Fadwa Daud. Kak Su- Natasha Syahirah Mahamad Dasuki :)
yeah!! mak kami yang sempoi. orang kuat Kampung Chinta Manis. kelas gitu.. hehehe ok, kemudian, aktiviti kami bermula esok paginya dengan Majlis Perasmian Program Perdana Pembangunan Lestari Fasa II (PROPPEL).. hehehe.. ni nama penuh program ni ok.


petangnya, aktiviti kami ialah... SUKANEKA! wuhuuu.. banyak sangat permainan yang dijalankan. tiup belon, imbang bola.. ini antara yang seronok. Tiup belon. agak penat jugak, bukan tiup belon, tapi penat ajar budak-budak tiup belon. comel ok!


permainan 'semakin jauh semakin sayang', kena buat barisan paling panjang guna apa yang kita ada. tengoklah apa yang jadi.. hehehe

anak ketua kampung, Amir! comel dan matang budak ni. membesarlah dengan baik ye adik comel :) then, permainan 'basikal lambat' siapa bawa basikal paling lambat, dia menang, syaratnya jangan jatuh kaki. seronok sebab belia-belia kampung ni pun take part jugak :)


akak-akak pun sempat lagi berposing.. hehehe seterusnya, main belon air! yang ini memang seronok. daripada kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua pun main sekali. panjang sangat barisan.awesome weh! kena baling, then kena bergerak satu langkah ke belakang. makin lama makin jauh. bukan nak bangga, tapi aku dan kak Yanie antara top 3 pembaling terhebat. hahaha
  



bersama Mak main belon air. attention! baju biru itu ialah Pengarah Projek Bakti Siswa Saujana.Norfazwin Majid. wuhuuu!!!

next! TARIK UPIH! paling gamat bila start permainan, ramai yang tergolek jatuh, tapi dengan semangatnya, naik balik upih tu dan sambung lari.. kelakar.. memang sporting budak-budak kampung ini.


pose istimewa daripada YDP Saujana, Norfazirah Dol bersama adik kesayangan.. hehehe

anak-anak En Azhar Daud bersama mak tersayang. mesti tertanya-tanya, mana abahnya kan? tungguuuu... :) 

keesokkan harinya, seusai senaman aerobik dan minum pagi, kami jalankan program Bengkel Akademik untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah. sambutan sangat menggalakkan dan budak-budak sangat sporting.


murid sekolah menengah didedahkan dengan penggunaan Sketchpad untuk subjek Matematik. 
semangat woo.. dan malamnya, majlis yang dinantikan,Malam Anekaragam Kg Chinta Manis. meriah dengan warna warni orang kampung. yang best ialah Catwalk Si Cilik.





Si Paari-pari jadi pemenang :)
Hari keempat, MINI EKSPO KAMPUNG CHINTA MANIS. kami menjemput pelbagai pihak untuk datang membuat pameran dan ceramah bagi penduduk kampung.Pihak yang dijemput ialah Agensi Antidadah Kebangsaaan, Jabatan Veterinar, Agro Bank, Jabatan Pertanian, Hospital Kesihatan, Kompleks Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pos Malaysia, dan Tabung Darah :) zoom in pictures!!!
Booth Tabung Darah
sedia mendaftar. dan...
derma!:D

Booth Jabatan Pertahanan Awam

Booth Kompleks Penjara

Booth Jabatan Bomba dan Penyelamat
tengok kat atas tu.. adui.. dah macam semut.. 

Booth Antidadah Kebangsaan

sangat teruja bila ramai penduduk kampung yang hadir, yang menderma darah, yang datang mendengar ceramah. kanak-kanak dan belia pun datang melihat pameran. tapi apa yang best ialah kanak-kanak ni, sangat suka bertanya. di setiap pameran, mereka akan bertanya itu dan ini. sampai orang yang menjawab pun dah penat. semangat inkuiri yang kuat. :) 

tujuan kami bertandang ke kampung ini juga bukan dengan tangan kosong. kami menyumbang sedikit permulaan projek rakyat kepada penduduk di sini. kami telah menyediakan 100 ekor anak ayam kampung, sedikit wang, dan diserahkan kepada Tok Empat (ketua kampung) untuk dibahagiakan kepada penduduk yang telah medaftar. semoga dengan permulaan projek ini, mereka dapat memajukan lagi industri penternakan di kawasan kampung. oh, kami juga telah menubuhkan blog untuk projek penternakan ini.
>>>http://kgchintamanis.blogspot.com <<<

anak ayam!!!
majlis penyerahan anak ayam.

petang, KENDURI SEKAMPUNG! masak bersama-sama.. hohoho.. memang penat, tapi dah terbayar dengan keseronokan sepanjang berada di sana. :)  malamnya pula, sedikit ceramah selepas solat Maghrib, kemudian barulah jamuan makan untuk penduduk kampung. menu, rendang kawah, ayamg masak kicap, ikan masin, sambal belacan, ulam-ulaman, dan sayur.. 




malam diteruskan lagi dengan perbincangan kemajuan bersama penduduk kampung. En Sofwan memberi penerangan mengenai projek-projek yang boleh mereka majukan. 


hari terakhir! majli penutupan. part yang paling sedih. jangan tanya kenapa ada yang berjurai-jurai air mata bila bas USM bergerak membawa kami pulang. kehidupan kami di sana bersama keluarga angkat umpama bersama keluarga sebenar. mereka menerima kami seperti keluarga sendiri. siapa sangka, dalam masa sehari, panggilan 'mak' dan 'abah' itu telah melekat di bibir. ucapan terima kasih ditujukan kepada keluarga Abah, En Azhar Bin Daud. seronok sangat menetap bersama mereka. abah suka bercerita dengan kami, tentang sejarah kampung, tentang agama, tentang pengalamannya, tentang itu, tentang ini.. mak pula, meriah dengan celotehnya. kadang-kadang kami tergelak mendengar dia membebel. yang penting, mak memang sempoi.. haha 



adik-adik kami lagi sempoi. hari pertama dan kedua, kami tak jumpa mereka lagi, sebab mereka di kampung. lepas tu baru mereka balik rumah. mla-mula jumpa, mereka segan-segan lagi. tapi malamnya, si adik dah mula buka celotehnya. tak sangka, dia sangat peramah. si kakak pun sama cuma dia pendiam sikit, tapi still masuk dengan perangai kami..hahaha adik ajak kami main Spy dan Pembunuh, sampai pukul 1 pagi!  best! pastu borak-borak. dapat pulak adik sekepala dengan si Natasha, minat Naruto, aduyai, sampai pukul 2 berboraknya.. apapun, Adik n Kakak memang best :) terima kasih menerima kami di dalam teratak damai anda!!

anak-anak Azhar Daud dan Norliza :)


peace!! :D
hadiad daripada seisi rumah. syukran!!
ini juga :)

5 hari di sana tak terasa penatnya. terima kasih sangat-sangat atas layanan penduduk kampung kepada kami. maklumlah, orang baru, banyak kurangnya. walaupun terdapat sedikit masalah, tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih jugak kepada semua jawatankuasa penggerak program ini. insyaAllah ada rezeki,kami akan bertandang lagi ke sana.
nice place to stay, nice memories to say. :)
sisipan si YDP :)


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...