Khamis, 2 September 2021

BUAT IBUNDA SELEPAS IBUNDA

 2 September 2021

Selepas hampir 2 minggu, kini baru ada kekuatan untuk menulis coretan untuk seseorang. 

19 Ogos 2021

"Ayg, mak dah tak ada"

Mesej yang sangat aku berharap aku tak akan terima dan aku tak nak terima. Dalam keadaan aku yang masih jauh dengan mereka, seminggu menunggu berita yang mak dapat buka mata semula, mak dapat bercakap semula. Tapi mesej tu tak kunjung tiba.

Mak ialah seorang ibu yang terima aku sebagai anak dia walaupun kami tak pernah berjumpa walau sekali pun. tak pernah bercakap walau dalam telefon. Tapi bila kali pertama berjumpa, mak dah bahasakan dirinya "mak". dan saat itu aku sedar, aku mesti sayang dan hargai wanita di depan aku ini. Kali pertama berjumpa, masa majlis pertunangan. mak dah peluk aku seperti anak dia. Mak dan pegang tangan aku selembutnya. 

9 Ogos 2021

Hari terakhir aku dengar suara mak. Telefon bertanya khabar seperti biasa,. Mak bercerita itu dan ini. Mak cakap mak dah rasa susah nak bernafas, kadang-kadang rasa sesak nafas, tapi mak tak nak cerita kat anak-anak dia, mak takut anak-anak mak risau. Allah... 

Mak, mak tahu tak, tiap kali kita bercakap di telefon, Wawa kadang-kadang tak dapat cakap banyak, mungkin mak perasan atau tak, Wawa minta maaf. Tapi sebab wawa terlalu sayu tiap kali dengar suara mak. Mak ketawa, tapi Wawa tahu mak rindu. Mak asyik ulang pasal cucu-cucu mak, dan tiap kali itu jugak wawa pujuk cakap inshaAllah PKP ni tak lama dah, tapi cepat-cepat kami balik. Maaf mak, sebenarnya wawa tak tahu sampai bila PKP ni akan habis. 

20 Ogos 2021

Mak, hari itu, hari pertama, buat pertama kalinya Wawa sertai mandikan jenazah. dan wawa yakin dan pasti, pemergian mak sangat menenangkan. Ketua yang menguruskan mak tak henti-henti puji mak. Bila hampir selesai, dia berhenti alirkan air pada mak dan cakap. "Ni nak habaq untuk semua, ini contoh pemergian yang sangat baik. Arwah jenis tak cakap buruk pasai orang, dia selalu doa kat anak-anak dia, dia tak sibuk pasal orang" Allah mak, waktu tu betapa kami anak-anak ni tak tahu nak rasa apa, basah semua mask yang dipakai. 

Terima kasih, mak.

Kerana mak hadirkan anak-anak yang baik, yang mampu memimpin keluarga. Kerana mak selalu ingatkan anak-anak mak untuk jaga dan hargai suri hati mereka. Kerana mak terima menantu- menantu seadanya, kerana mak sayang kami sesayangnya. Kami akan rindu nasihat mak, cerita mak, masakan mak, peluk cium mak. Wawa akan rindu saat-saat tiap kali sebelum balik Selangor, mak akan peluk dan cakap 
'Jaga diri elok-elok, jaga anak-anak. Mak minta maaf kalau ada salah cakap naa. Nanti balik lagi cepat-cepat"

MAK,

Semoga Allah tempatkan mak betul-betul di sisi-Nya, betul-betul di samping kekasih-Nya. Semoga Allah terangkan semula pandangan mak melihat betapa luasnya kubur mak, betapa indahnya tempat mak bersemadi. Semoga kaki mak kembali kuat, berjalan ke setiap pelosok syurga. 

AL-FATIHAH

SAADAH BINTI ABDUL


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...