Khamis, 4 Jun 2020

KAKAK DAH BESAR

Alhamdulillah. Hari ini genap 7 hari kakak dah tak menyusu direct feeding dengan ibu. So, kakak dah officially wean-off. Walaupun agak susah juga msa mula-mula sebab asyik minta je bila nampak adik menyusu. Tapi dia akan realize sendiri yang dia da besar. Awww kakak, cepatnya kakak membesar. Terima kasih untuk semua moment2 masa menyusukan kakak. Daripada hari pertama kita bersua muka, sampai lah hari ni, terima kasih sayang. Such a wonderful journey. Tipulah kalau kata tak mencabar. Dan sekarang still kena teruskan for the next 2 years untuk adik pulak Insha'Allah. Fighting ibu!!
Dan harini for the 1st time kakak a little bit tantrum. Tiba-tiba nangis2, tak nak dipeluk, menyorok Dalam bilik. Seriously,ibu rasa sedih tgk kakak macam tu. Abah pujuk pun tak jadi. So, we decide to take a really slow talk with her, wash her face and selawat, ajak dia keluar makan aiskrim McD, her favourite. Even dah pukul 9.40 malam! Adik pun dah mengantuk. Tak kisahlah, demi puteri sorang ni, cepat2 siap,naik kereta, risau McD tutup awal sbb PKP kan. Dan lagi haru bila smpai McD, aiskrim sold out! Mujurlah mood kakak dah ok sikit time tu, so pecut pergi KK Mart, beli aiskrim biasa. And Alhamdulillah, she's ok with it. We hug and kiss her a million times just to let her know that we really love n appreciate her so much. Kakak..kakak.. kalau kakak baca ni, ibu nak kakak tahu, ibu n abah sayang kakak sangat. Sebab kakak yang pertama, takkan ada pengganti.kalau kakak sedih sebab ibu marah, ibu minta maaf,sayang. Ibu masih belajar untuk jadi yang terbaik untuk anak2 ibu.ibu tegur,marah sebab ibu nak betulkan kakak. Ibu takkan pernah siakan kakak sebab ibu masih ingat doa ibu masa ibu nakkan kakak dalam rahim ibu, dan Allah dah makbulkan. Berapa baiknya Dia pada ibu, beri kakak sebagai amanah untuk ibu. Moga dipermudah urusan ibu dan abah untuk bimbing kakak. Sayang anak ibu. Esok ibu buat spaghetti yang kakak suka tu ye.  Love u so much,kakak!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...