Khamis, 3 Mei 2018

19

Assalamualaikum. 2/5/2018 11.53pm
Sekarang tak rasa mengantuk lagi, walaupun Faqehah dan Abahnya sudah lama dibuai mimpi. Disebabkan itu, ibu ambil masa sikit untuk tulis post ini.
Kali ini nak share produk yang ibu guna untuk Faqehah, yang ibu rasa ok la. Dan yang ibu kagum dengan hasil nya, chewah.. Kira macam buat 'What's in my bag' la ni.. Hahaha.. Bukan apa, kalau ada rezeki lagi nanti, boleh rujuk je sini kot terlupa kan.
Ok, produk pertama yang buat ibu kagum masa mula2 Faqehah lahir ialah Losyen Tea Tree Oil.
Losyen ini sangatttt lah berkesan kepada Faqehah masa dia kena ruam susu. Ruam susu ni terjadi bila susu ibu terkena kulit muka baby, kulit baby kan nipis dan sensitif lagi masa awal2 lahir, susu ibu pula ada enzim2 hidup, kira kalau dibiarkan dalam suhu bilik, akan bertukar jadi bakteria. Kulit baby akan naik bintik2 kecil merah.  So, itulah ruam susu. Losyen ni di farmasi ada, drugstore pun ada. Really recommended. Sampai sekarang Faqehah pakai lepas mandi, so pipi dia akan moist2 gitu. 
Ok, next ialah Carrie Mozzibuster UV. Basically, losyen ni untuk halau nyamuk. Dan surprisingly, memang berkesan. Kalau balik kampung, sebelum tidur, kena sapu ni dulu. InsyaAllah nyamuk akan gentar untuk dekat dengan bayi anda. 
Ok, ini pula Essential Oli daripada Najlaa. Ibu guna untuk rambut Faqehah yang sendu2 nak tumbuh. Baru guna seminggu, so nanti ibu update resultnya ok. Tapi bau dia, harumm bangat. 
Bedak Carrie Junior Hijau ini pula memang pujaan ibu daripada sebelum khawin lagi. Sebab bau dia manis buah!  Bila sapu kat Faqehah, rasa nak kunyah lengan dia. 
Haa.. Yang ni mesti tak pernah jumpa kan.. Haha.. Ofkos la.. Ini bedak sejuk tok nek Faqehah buat. Botol tu, botol doorgift orang kenduri ja. Bedak sejuk ni memang pakai lepas mandi jugak. Memang setiap kali balik Penang, tok nek akan topup stok bedak sejuk untuk Faqehah, dan untuk ibu jugak..hihihi..  Orang2 tua memang akan recommend budak sejuk untuk kemulusan kulit bayi, so ibu ikut je. Tips daripada ibu, sebab malas nak bangun pi dapur amik air untuk cairkan budak sejuk ni, ibu ready ssiap air dalam bottle spray kecik (beli kat kedai rm2 ja).  So botol tu simpan sekali dalam beg makeup Faqehah.. Gituuuu.. 
Seterusnya ialah segala macam minyak dan balm. Daripada kanan, Tummy Balm, mak long Faqehah hadiahkan, wangi sangat dan berkesan bila perut berangin. Next, takkan tak kenal generasi turun temurun.. Minyak Yu Yi Cap Limau. Cengginii👍👍 sebelah dia lagi laaa, ibu, beri 5 stars! Garlic Balm! Memang berkesan bila Faqehah selesema atau batuk, sapu ja kat dada, belakang badan, tapak kaki, betis, memang InsyaAllah akan baik. Balm ni abah beli daripada kawan sekolah dia. Dan last tu, balm biasa lah, untuk ibu actually. 
Ok, Sterimar ini pulak, untuk selsema bayi. Sebab bayi tak pandai hembus hingus, jadi fungsi spray ni untuk cairkan hingus baby, so dia akan meleleh keluar, jadi mudah untuk kita sedut. Ibu tak pandai sedut pakai mulut. Ibu pakai ini. 
Nasal aspirator ni ibu beli di Shopee, harga RM 59.90. Sangat berbaloi sebab sekali sedut, semua khazanah keluar. Puas rasa. Siap sedut, pusing2 simpan kat pinggang macam pistol koboi.. Hahaha cenggitu punya riaknya boleh sedut hingus.. 
Yang ini pula memang wajib semua ibu ada.  Thermometer.  Tak kisah lah yang digital, ataupun manual. Senang untuk kita monitor suhu badan baby bila dia demam. Demam baby jangan buat  main-main.. Yang ini senang, sebab kalau suhu bahaya, lampu akan tukar warna merah, kalau otw bahaya, oren, dan normal, hijau. Ini pun ibu beli di Shopee, harga RM24. 90.
So, semua barang2 ni, ibu masukkan dalam beg chanteq ni, pun daripada Shopee. Kain jenis yang tahan lasak, saiz tak terlalu besar, senang bawa travel, dan it's cute! Yang Thermometer n Nasal aspirator tu ibu tak simpan la dalam ni, simpan dalam kotak dia, nak guna baru ambil. Dalam ni ada Thermometer manual tu je, for emergency cases. 
So, itulah yang ada dalam beg makeup anak dara ibu,  walaupun beg makeup ibu pun ada bedak dan lipstick yang jarang pakai je. Anyway, dalam beg Faqehah tu ada je lagi losyen Calming, losyen tangan kaki Bagai, tapi sebab jarang pakai, so malas review. Kah! Jangan risau, besar2 beg tu, tak ada la ibu isi benda pelik2, pen ke, Kicap Mudim ke, printer bagai... Kemon laaa.. 
Ok, sudah mengantuk. Marilah beradu. 
YANG IKHLAS, 
IBU AWAK❤️

terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...