Uncle Cina
Sunyi suasana stesen keretapi
tengahari itu. Duduk termenung sementara menunggu ketibaan keretapi seterusnya
ke KL Sentral. Datang seorang uncle Cina duduk berdekatan denganku. Dari raut
wajahnya, umurnya mungkin sekitar 50 lebih, masih kuat, malah pakaiannya jugak
cukup kemas walaupun hanya berbaju t-shirt dan berseluar slack. Aku intai di
tangannya tersisip dua keping tiket. Jika ikut pada mulut aku mahu saja
bertanya sekadar memecah kesunyian. Tapi terbantut dek wajah sayunya yang aku
rasa dia tidak mahu diganggu pada waktu itu.
‘U mahu pergi mana cik?’ terkejut
aku dengan tegurannya.
‘KL Sentral, Uncle?’ jawab aku
dengan sedikit senyum.
‘Oh.. uncle takdak mau pergi
mana. Baru saja beli tiket bas. Tapi mahu kasi jual semula maa..’ jelasnya
dengan pelatnya yang mujur dapat aku faham.
‘kalau mau jual balik, kenapa
uncle beli tadi?’ akhirnya perangai menyibuk aku sudah bermula dan tak dapat
dibendung, damn!
‘uncle beli tiket pergi
Butterworth, Penang sana. Mau bawak uncle punya wife jalan-jalan. Tadi baru
dapat gaji, terus uncle beli tiket. Tapi bila uncle pikir balik, uncle takut
wife uncle takmau pergi sana. ‘
‘Penang seronok la uncle kalau
mau pergi jalan-jalan. Saya dulu study sana. Banyak tempat best’
‘Uncle tau. Itu pasal uncle mau
bawak wife uncle. Tapi uncle confirm itu perempuan tua takmau pergi. Nanti dia
cakap sakit lutut la, jauh la, panas la.. ‘ ceritanya bersungguh-sungguh.
Aku tergelak kecil dengan
ungkapan ‘perempuan tua’ itu.
‘Sebenarnya sejak kami married,
uncle tak pernah bawak dia jalan-jalan. Uncle bukan kaya punya orang. Gaji pun
tak banyak. Tapi uncle sudah niat dalam hati, dari dulu lagi, uncle nak bawak
dia jalan-jalan. Sekarang duit yang uncle simpan sikit-sikit, uncle rasa cukup
ja mau bawak dia jalan-jalan, shopping, makan-makan kat sana’
Aku terus terdiam,tak tahu nak
respon bagaimana. Dalam hati aku, aku kagum dengan kesungguhan lelaki tua di
sebelah aku itu.
‘Emm uncle, saya rasa kalau uncle
beritahu dulu wife uncle yang uncle dah beli tiket, mesti dia akan ikut. Kalau
saya, husband saya ajak pergi kedai runcit pun saya dah seronok uncle. Uncle
beritahu la dia yang uncle dah usaha kumpul duit nak bawak dia jalan-jalan’
Dia tersenyum sambil lipat tiket
itu dan memasukkannya dalam dompet.
‘ok, uncle pergi beritahu dia
betul-betul punya.’
‘ok uncle.. uncle ni romantik
la..hehehe’
‘hahahaha… uncle tau maa.. kalau
itu perempuan tua tak mau ikut, uncle masukkan dia dalam beg, kasi angkat pergi
Penang. ‘ dan dia pun berlalu ke kereta tuanya.
Dan aku, dia tinggalkan dengan
satu kesan mendalam pada hati aku.
Sampai hujung usia, kau korban
demi orang yang kau sayang, kau simpan baik-baik tiket tu uncle cina, aku
simpan baik-baik pertemuan singkat kita.










0 KOMEN TERBAIK!:
Catat Ulasan
terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)