Selasa, 22 Oktober 2013

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) PERJUANGANNYA KIAN BERMULA

Asalamualaikum. wah, nampaknya hari-hari di USM semakin hangat dengan pelbagai manifesto dan sokongan-sokongan sempena Pilihanraya Kampus (PRK) yang akan berlangsung 24 Oktober ini. Kepada semua pelajar USM, semoga kita semua dapat turun menjalankan amanah tersebut. Menyentuh soal itu, terdetik hati untuk memberi sokongan kepada sahabat yang turut terlibat dalam peristiwa ini. 
Ingin diingatkan di sini, setiap sokongan yang diberikan bukanlah atas dasar sahabat, atau atas dasar apa sekalipun, tetapi sebagai manusia, kita maklum akan siapa yang mampu memimpin, siapa yang mampu menegakkan keadilan pelajar. Semoga harapan dan kepercayaan yang diberikan dipandang tinggi oleh setiap calon yang bertanding.
Abdullah bin ‘amru bin al ‘ash r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, kelak disisi Allah ditempatkan di atas mimbar dari cahaya, ialah mereka yang adil dalam hukum terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka.
 (muslim)
Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya manusia yang paling dicintai allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci allah dan sangat jauh dari allah adalah seorang pemimpin yang zalim. 
(hr. Turmudzi)
juga tidak dilupakan buat warga USIM. Ini antara calon yang saya kenali. Berdasarkan perkenalan saya dengannya, InsyaAllah beliau antara calon yang anda cari. :)
p/s: ayat aku agak tunggang langgang. mungkin puitisnya telah dihabiskan untuk menyiapkan assignment cerpen tempoh hari. T_T 
p/s 2: cerita bab raya tertinggal la pulak.. aduyai...
post sebelum ini:

WALAU SIApApUN MEREKA


terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. Haaii cakkk..done follow sini no. 851, sudilah kiranya follow me back yea.. heeee.. salam kenal.. jemput sekali join GA teman, byk hadiah menarik tau.. VITAMIN SHAKLEE X 2, HANDBEG, JUBAH, TASBIH, TOPUP, BROACH DAN MACAM2 LAGI..jom joinnn..

    http://tengkubutang.blogspot.com/2013/11/giveaway-1-year-blog-tengkubutang.html

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...