Jumaat, 4 November 2011

DIA BERPAKAIAN PELIK,AKU PULAK YANG KENA!

pagi-pagi bangun,dengan niat nak study(haha..rajin kan?) kumpul sedikit kekuatan untuk bukak buku.. tiba-tiba terdetik kat hati ni nak minum milo panas.. maklumlah,pagi.. ditambah pulak dengan batuk yang baru datang melawat aku sejak semalam,so sangat perlukan air panas.

dengan milo 3 in 1 dan cawan Corelle yang kiut tu,aku pun melangkah ke pantry room. isi milo dalam cawan,dan tiba-tiba datang sorang awek ni,nak amik air jugak. aku pandang dia dan pandangan aku tak beralih dari dia sebab! pakaian dia sangat pelik. bukan seksi tapi pelik! aku tak tahu nak describe macam mana.. ala-ala gothic pun ada tapi buruk betul..serius!

dan bila dia berlalu pergi,barulah aku perasan yang tangan aku sedang mengisi air sejuk dalam cawan aku.air sejuk! sampai penuh pulak tu! dan aku hanya mampu memandang milo panas aku yang dah jadi milo ais.. =(


jadi,pesanan! jangan pakai pakaian yang pelik sangat kerana anda mampu menarik minat orang untuk memandang anda dengan jangka masa yang lama. kedua! jangan leka semasa isi air kerana anda mungkin akan kecewa seperti saya.. sekian.

p/s: sekarang sedang menikmat 'milo panas' tu.. demm..nak buang rasa membazir pulak.. apa la nasib..



terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

2 ulasan:

  1. HAHA.
    wawa,wawa.da dua pagi ko terkena.hihi.

    BalasPadam
  2. apa yg payah nyer..ltak la mug yg ada air sejuk tu dlm microwave..dlm 10seconds..konpem panas balik milo tuh.

    BalasPadam

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...