Rabu, 19 Oktober 2011

KEMBALI MEMBAWA BANYAK CERITA

assalamualaikum.. sedih pulak tengok tarikh last publish post.. 5/10/2011.. haish.. lamanya tinggal blog yang dah berhabuk ni.. segmen pulak,tak payah cakap la.. berapa banyak dah den tinggal.. still tak dapat nak biasakan diri dan manage masa dengan betul sejak jadi family USM ni.. nak kata busy tu, lebih kurang la.. tapi bila ada masa free, cuma hati je yang tergerak nak update blog.. tapi jari ni yang malas bergerak..

so,setelah sekian lama tinggalkan dunia blog, Nur Fadwa kembali nak berkongsi pelbagai cerita, (walaupun tak ramai yang baca.. demm!)

pertama! sekarang musim hujan dah melanda bumi Penang, mungkin tempat lain pun macam tu jugak. jadi,payung adalah benda wajib yang perlu ada di dalam beg sepanjang hari.

kedua! saya dengan jayanya telah menghantar assignment pertama pada hari semalam. heay! satu kebanggaan.. maklumlah,kali pertama dapat assignment,sebelum ni kerja sekolah.. agak-agak boleh panggil 'kerja universiti' tak? tapi untuk pengetahuan semua, perjalanan yang kami lalui untuk siapkan assignment tu bukan mudah. banyak perkara,kajian,perbincangan yang perlu dilakukan. mujurlah punyai kawan-kawan yang seriously very nice for me! alhamdulillah..

ketiga! hidup di tempat orang membuatkan saya selalu mmemerhatikan gelagat dan telatah orang ramai. dulu maybe tak sempat sebab hanya duduk di rumah saja.. so,bila dah dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia, rasa seronok sangat. kadang-kadang tak akan pernah sangka akan jumpa manusia yang sebegiu rupa. betul la kata oang tua-tua, kalau semua orang sama, tak bermakna lah hidup kita ni.

keempat! sangat teruja dengan life kat sini terutama sekali kawan-kawan! macam-macam kerenah dan perangai. pernah jugak tergelak sorang-sorang bila fikir telatah diorang. tapi, alhamdulillah kami mampu bekerja dalam satu pasukan yang sangat ceria. thanks kawan-kawan sebab buat hidup aku di kampus ni bermakna. bagaimana korang tengok pasukan dalam permainan chess, begitulah kami. masing-masing ada kelebihan yang tersediri. bukan seperti sepasukan Queen sahaja,walaupun Queen berkuasa,tetapi kalau semuanya Queen,percayalah, pasukan tu lah yang paling cepat kalah.. am i right??

kelima! 2 minggu tinggal blog, seorang follower dah hilang.. hahaha. kelakar... apapun,terima kasih sebab pernah jadi follower saya:)

p/s:berazam untuk kekal aktif berblog macam dulu-dulu.. kuatkan aku!!
terima kasih daun keladi,kalau suka,klik like bawah ni:)

0 KOMEN TERBAIK!:

Catat Ulasan

terima kasih sudi komen..anda memang terbaik!:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...